<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Hargai Masa

LINK
Pakteh

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Jan 18, 2007
Kalang

Adik Umaira - sarapan

Hampir sebulan Umaira bersekolah. Sudah dapat menyesuaikan diri dengan iklimnya. Pra-sekolah. Usia enam tahun ini tentu mudah meresap di jiwanya apa pun jua yang dilihat, didengar mahupun dirasanya. Apa lagi kalau ada guru yang mengajar.

"Assalamualaikum... adik dah balik" Umaira beri salam sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah, sekembalinya dari sekolah bersama ayah pada tengah hari itu.

Sepatutnya Umaira pulang pukul 12.00 pm. Oleh kerana waktu habis mengajar ayahnya pukul 1.45pm jadi Umaira terpaksa tunggu di sekolah, sebelum pulang. Dengan ayah.

"Bu... kalang... kalang. Kalang adik mana bu?" tanya Umaira.

"Kalang..." ibu keliru.

"Oooo pensil" sambung ibu setelah beberapa saat terdiam.

"Cikgu adik cakap kalang bu..."

Ibu senyum walaupun sebelumnya tergamam.

"Ya lah... tapi sebenarnya pensil. Kalang tu, bila adik cakap dengan kawan-kawan adik saja tau.." terang ibu.

Di rumah Umaira diajar menggunakan Bahasa Malaysia yang standard. Tidak didedahkan dialek daerah sekalipun keluarganya tinggal di negeri Terengganu.


Posted at 06:33 pm by sstw06_1
Make a comment  

Dec 25, 2006
Dapat Masuk Sekolah Menengah

Ayah pada peringkat awalnya diam saja. Tunggu surat tawaran. Apabila 26hb Dis - belum ada apa-apa berita mengenai sekolah mana yang bakal Umi belajar, ayah dan ibu jadi cemas. SMA Setiu memang sudah terima surat tawaran, tapi kalau boleh ayah nak masukkan Umi ke SMK Pelong.

SMK Pelong dipercayai lebih sesuai untuk Umi. Ada asrama dan murid-muridnya pula bolehlah dikategorikan sebagai murid pilihan kerana mereka yang dapat 3A2B - 5A sahaja yang boleh masuk sekolah itu.

26hb Dis - Ayah ke PPD Setiu untuk merisik khabar. Rupa-rupanya ada 1 surat kemasukan Kak Umi ke Sekolah Menengah. Iaitu SMK Sungai Tong, aliran KRK. Bagus la juga sekolah itu, cuma jauh sikit. Kalau boleh, Ayah mahu SMK Pelong juga. Itu pilihan pertama. Ayah buat rayuan di PPD agar dapat dimasukkan Umi ke SMK Pelong.

Banyak entri tentang kakak Umi dan SMK Pelung di masukkan di SINI.

Posted at 09:47 pm by sstw06_1
Make a comment  

Nov 28, 2006
Pra Sekolah

Hai... Nama saya Umi Umaira Afnan bt Mohd Yasin. Tahun 2007 ini, saya mula bersekolah. SK Alur Lek Kasar, sama tempat ayah kita bertugas.

29 Nov - Kita datang jer ke sekolah ini. Ayah kata tenguk-tenguk jer dulu sebab sekolah masih cuti. Tahun depan baru datang sekolah betul-betul. Cantik dan bersih sekolah kita.

Bila ayah gaji nanti, boleh la belikan baju sekolah kita. Tak sabar dah rasanya nak ke sekolah. Tadi pun, kita dah cuba main taman pra. Tak boleh main banyak, sebab basah... semalam hujan.


Posted at 09:25 pm by sstw06_1
Comment (1)  

Nov 19, 2006
Lipat gandakan usaha

16 Nov 2006 - Masing-masing murid yg menduduki UPSR tahun ini mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Segala keresahan selama ini terjawab. Bukan murid-murid sahaja yang resah, bahkan ibu bapa dan guru-guru juga. Ada bahagian dan sebab masing-masing untuk resah dengan keputusan yang diterima.

Kakak Umi Hafawawi, dapat 3A2B sahaja. Harapan untuk mencapai 5A itu, tinggal kenangan sahaja. Kini sedang diusahakan agar Umi dapat menyambung persekolahan ke sekolah yang baik dan dapat memperbaiki keputusan dalam peperiksaan PMR nanti. Cabaran semakin sengit. Kena sedar diri dari sekarang... jangan banyak main.

Posted at 09:28 pm by sstw06_1
Make a comment  

Sep 23, 2006
ADIK IKUT BERPUASA

Kawan-kawan tau tak. Adik pun puasa juga. Bangun sahur sama-sama ibu ayah kakak dan abang pagi tadi. Pukul 4.00 pagi. Mengantuk, tapi memang kita nak puasa... dah pesan pada ibu supaya kejutkan.

Posted at 10:26 pm by sstw06_1
Make a comment  

SELAMAT BERPUASA

24 Sept - Seluruh umat Islam akan mulai berpuasa. Di sini adik mengucapkan selamat berpuasa kepada abang & kakak.

Tidak dilupakan juga pada Kak Jiha dan Abang Farhan di JB. Puasa jangan tak puasa. Kepada ayah & ibu, kejut adik untuk bersahur ya. Adik nak puasa juga.

Posted at 12:23 am by sstw06_1
Make a comment  

Sep 13, 2006
Zil dan Farhan


Ini adalah gambar yang diambil bulan Jun 2006 yang lalu ketika cuti sekolah. Farhan, sepupu saya (Zilmajdi) yang sama umur dengan saya. Dia tinggal di JB.

Posted at 03:13 am by sstw06_1
Make a comment  

May 11, 2006
ngaji

Belajar al Quran sama ada belajar membaca, tajwid, tafsir dan apa saja yang berkaitan dengannya adalah dituntut. Allah sediakan ganjaran yang besar untuk itu. Bukan bagi yang mempelajarinya sahaja, bahkan orang yang mengajarnya. Begitulah seperti disebutkan dalam hadis. Anak-anak muda, juga golongan dewasa bolehlah ambil peluang mempelajari al Quran sementara Tuhan bagi usia pada kita kerana ia akan bangkit menjadi pembela ketika di dalam kubur.


Posted at 06:59 pm by sstw06_1
Make a comment  

Mar 17, 2006
TEKA TEKI

Kalau sesiapa nak jawab... boleh jawab di ruang chat ya... He he he. Tongue

Banyak-banyak tulang, tulang apa yang anjing tak makan?


Posted at 07:16 pm by sstw06_1
Make a comment  

Mar 16, 2006
Adik Umi Umaira

Adik Umiumaira Afnan 4 tahun, anak bongsu. Belum bersekolah lagi. Colour gambar, dah boleh dah. Lebih cantik dari budak tahun 1. Apa yang ayah ingin sentuh di sini, ialah: Jangan main tepi longkang, bahaya!.

Bahaya:

Sama ada ada air atau tidak, longkang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bermain. Jadi jauhkan diri darinya.


Posted at 11:07 pm by sstw06_1
Make a comment  

Next Page