<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Hargai Masa

LINK
Pakteh

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jan 18, 2007
Kalang

Adik Umaira - sarapan

Hampir sebulan Umaira bersekolah. Sudah dapat menyesuaikan diri dengan iklimnya. Pra-sekolah. Usia enam tahun ini tentu mudah meresap di jiwanya apa pun jua yang dilihat, didengar mahupun dirasanya. Apa lagi kalau ada guru yang mengajar.

"Assalamualaikum... adik dah balik" Umaira beri salam sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah, sekembalinya dari sekolah bersama ayah pada tengah hari itu.

Sepatutnya Umaira pulang pukul 12.00 pm. Oleh kerana waktu habis mengajar ayahnya pukul 1.45pm jadi Umaira terpaksa tunggu di sekolah, sebelum pulang. Dengan ayah.

"Bu... kalang... kalang. Kalang adik mana bu?" tanya Umaira.

"Kalang..." ibu keliru.

"Oooo pensil" sambung ibu setelah beberapa saat terdiam.

"Cikgu adik cakap kalang bu..."

Ibu senyum walaupun sebelumnya tergamam.

"Ya lah... tapi sebenarnya pensil. Kalang tu, bila adik cakap dengan kawan-kawan adik saja tau.." terang ibu.

Di rumah Umaira diajar menggunakan Bahasa Malaysia yang standard. Tidak didedahkan dialek daerah sekalipun keluarganya tinggal di negeri Terengganu.


Posted at 06:33 pm by sstw06_1

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home