16 Mac - Hasmira bertolak dari JB ke Kota Bharu. Bas mana? Tidak boleh disebut di sini. Belum masanya lagi. Sudah la tambangnya RM55 berbanding RM49 sahaja sepatutnya. Guna bas sekolah (tambahan) pula.
Pukul 10.00pm - ayah dapat sms bahawa bas itu rosak dan dibaiki hingga 17/3/2006 pukul 11.00am belum nampak bayangnya lagi. Hasmira tersadai di Kuantan hingga sekarang. Kasihan dia. Ayah SMS semula kepadanya;
"sabar aja la. Cari kawan yang sesuai. Lapar minta dia belanja"
Sebabnya, beg dan duit ditinggalkan dalam bas yang dihantar baiki itu. Satu kesilapan, Agaknya dia fikir pembaikannya tidak "selama" itu. Itu sebab beg pakaian ditinggalkan dalam bas. Nasib dia.
Posted at 05:56 pm by sstw06_1
Permalink
Semoga diri kalian sihat selalu,
Khas buat Umi Hafawati, Zilmajdi dan Umi Umaira yang disayangi. Ayah doakan kalian sihat semuanya.
Ayah jarang menegur dan anak-anak ayah. Boleh dikatakan ayah ni, jenis pendiam. Cuma harapan ayah anak-anak faham apa yang ayah mahu iaitu anak-anak ayah sentiasa rajin dalam pelajaran dan patuh cakap ibumu.
Dari... ayah.
Posted at 09:34 pm by sstw06_1
Permalink