|
Ayah pada peringkat awalnya diam saja. Tunggu surat tawaran. Apabila 26hb Dis - belum ada apa-apa berita mengenai sekolah mana yang bakal Umi belajar, ayah dan ibu jadi cemas. SMA Setiu memang sudah terima surat tawaran, tapi kalau boleh ayah nak masukkan Umi ke SMK Pelong.
SMK Pelong dipercayai lebih sesuai untuk Umi. Ada asrama dan murid-muridnya pula bolehlah dikategorikan sebagai murid pilihan kerana mereka yang dapat 3A2B - 5A sahaja yang boleh masuk sekolah itu. 26hb Dis - Ayah ke PPD Setiu untuk merisik khabar. Rupa-rupanya ada 1 surat kemasukan Kak Umi ke Sekolah Menengah. Iaitu SMK Sungai Tong, aliran KRK. Bagus la juga sekolah itu, cuma jauh sikit. Kalau boleh, Ayah mahu SMK Pelong juga. Itu pilihan pertama. Ayah buat rayuan di PPD agar dapat dimasukkan Umi ke SMK Pelong. Banyak entri tentang kakak Umi dan SMK Pelung di masukkan di SINI. |
| Leave a Comment: |