uz06
    <description>uz06</description>
Kalang
 Adik Umaira - sarapan
Hampir sebulan Umaira bersekolah. Sudah dapat menyesuaikan diri dengan iklimnya. Pra-sekolah. Usia enam tahun ini tentu mudah meresap di jiwanya apa pun jua yang dilihat, didengar mahupun dirasanya. Apa lagi kalau ada guru yang mengajar."Assalamualaikum... adik dah balik" Umaira beri salam sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah, sekembalinya dari sekolah bersama ayah pada tengah hari itu.Sepatutnya Umaira pulang pukul 12.00 pm. Oleh kerana waktu habis mengajar ayahnya pukul 1.45pm jadi Umaira terpaksa tunggu di sekolah, sebelum pulang. Dengan ayah."Bu... kalang...... (more)</description>
Dapat Masuk Sekolah Menengah
 Ayah pada peringkat awalnya diam saja. Tunggu surat tawaran. Apabila 26hb Dis - belum ada apa-apa berita mengenai sekolah mana yang bakal Umi belajar, ayah dan ibu jadi cemas. SMA Setiu memang sudah terima surat tawaran, tapi kalau boleh ayah nak masukkan Umi ke SMK Pelong.
SMK Pelong dipercayai lebih sesuai untuk Umi. Ada asrama dan murid-muridnya pula bolehlah dikategorikan sebagai murid pilihan kerana mereka yang dapat 3A2B - 5A sahaja yang boleh masuk sekolah itu.
26hb Dis - Ayah ke PPD Setiu untuk merisik khabar. Rupa-rupanya ada 1 surat kemasukan Kak Umi ke Sekolah Menengah. Iaitu... (more)</description>
Pra Sekolah
      <description>Hai... Nama saya Umi Umaira Afnan bt Mohd Yasin. Tahun 2007 ini, saya mula bersekolah. SK Alur Lek Kasar, sama tempat ayah kita bertugas. 29 Nov - Kita datang jer ke sekolah ini. Ayah kata tenguk-tenguk jer dulu sebab sekolah masih cuti. Tahun depan baru datang sekolah betul-betul. Cantik dan bersih sekolah kita.Bila ayah gaji nanti, boleh la belikan baju sekolah kita. Tak sabar dah rasanya nak ke sekolah. Tadi pun, kita dah cuba main taman pra. Tak boleh main banyak, sebab basah... semalam hujan.</description>
Lipat gandakan usaha
      <description>16 Nov 2006 - Masing-masing murid yg menduduki UPSR tahun ini mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Segala keresahan selama ini terjawab. Bukan murid-murid sahaja yang resah, bahkan ibu bapa dan guru-guru juga. Ada bahagian dan sebab masing-masing untuk resah dengan keputusan yang diterima.
Kakak Umi Hafawawi, dapat 3A2B sahaja. Harapan untuk mencapai 5A itu, tinggal kenangan sahaja. Kini sedang diusahakan agar Umi dapat menyambung persekolahan ke sekolah yang baik dan dapat memperbaiki keputusan dalam peperiksaan PMR nanti. Cabaran semakin sengit. Kena sedar diri dari sekarang...... (more)</description>
ADIK IKUT BERPUASA
      <description>Kawan-kawan tau tak. Adik pun puasa juga. Bangun sahur sama-sama ibu ayah kakak dan abang pagi tadi. Pukul 4.00 pagi. Mengantuk, tapi memang kita nak puasa... dah pesan pada ibu supaya kejutkan.
SELAMAT BERPUASA
Zil dan Farhan
Ini adalah gambar yang diambil bulan Jun 2006 yang lalu ketika cuti sekolah. Farhan, sepupu saya (Zilmajdi) yang sama umur dengan saya. Dia tinggal di JB.
ngaji
Belajar al Quran sama ada belajar membaca, tajwid, tafsir dan apa saja yang berkaitan dengannya adalah dituntut. Allah sediakan ganjaran yang besar untuk itu. Bukan bagi yang mempelajarinya sahaja, bahkan orang yang mengajarnya. Begitulah seperti disebutkan dalam hadis. Anak-anak muda, juga golongan dewasa bolehlah ambil peluang mempelajari al Quran sementara Tuhan bagi usia pada kita kerana ia akan bangkit menjadi pembela ketika di dalam kubur.</description>
TEKA TEKI
      <description>Kalau sesiapa nak jawab... boleh jawab di ruang chat ya... He he he. 
Banyak-banyak tulang, tulang apa yang anjing tak makan?</description>
Adik Umi Umaira
Adik Umiumaira Afnan 4 tahun, anak bongsu. Belum bersekolah lagi. Colour gambar, dah boleh dah. Lebih cantik dari budak tahun 1. Apa yang ayah ingin sentuh di sini, ialah: Jangan main tepi longkang, bahaya!.
Bahaya:
Sama ada ada air atau tidak, longkang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bermain. Jadi jauhkan diri darinya.</description>